Artikel

KAF Digital Bank Kini Mula Menguji Aplikasi – Sebelum Laksana Pelancaran Rasmi

Bermula 25 April lalu, kelihatannya KAF Digital Bank telah mula mengerakkan fasa rintis aplikasi bank digital mereka bersama sekumpulan kecil pengguna awam terpilih di Malaysia.

Buat pengetahuan umum, KAF Digital Bank menjadi bank digital kedua patuh syariah yang akan beroperasi di Malaysia kelak. Di bawah jemputan eksklusif PERINTIS ini, sebilangan pengguna akan meraih akses penyelesaian perbankan patuh syariah.

Maka dengan pengalaman tersebut, pengumpulan maklum balas pengguna berhubung ciri yang tersedia pada aplikasi bank digital ini dapat ditambahbaik dan memahami keperluan pengguna pada khidmat bank digital.

Tidak hanya itu menerusi akses awal ini, kumpulan pengguna terpilih ini turut meraih manfaat dengan meningkatkan pemahaman mereka berkaitan pengurusan wang, amalan pelaburan melalui panduan literasi kewangan yang tersedia pada KAF Digital Bank.