Sunway Malls terus perluaskan jejak gedung beli-belah mereka di pasaran Malaysia – apabila mengumumkan pembukaan pusat beli-belah ke-10 akan direalisasikan pada September ini iaitu Sunway Square Mall di Sunway City Kuala Lumpur.
Dengan keluasan 300,000 kaki persegi dimaklumkan lebih 150 kedai runcit bersama 3,000 ruang tempat letak kenderaan akan tersedia pada kemudahan gedung tersebut. Lebih menarik terdapat dua menara komersial akan tersedia antaranya menampilan pusat seni persembahan dan hab perpustakaan 24 jam.
Menerusi akses ini, ia tidak sekadar memudahkan orang awam, keperluan pekerja korporat tetapi turut memudahkan kumpulan pelajar untuk meraih akses kemudahan.
Tidak hanya itu kumpulan turut merancang untuk membuka dua lagi pusat membeli-belah menjelang 2027 ini. Pertimbangan ini merangkumi pembukaan Sunway Pier di Pelabuhan Klang dan Sunway Ipoh Mall di Sunway City Ipoh.