Dengan lebih 4 dekad beroperasi, Continental kini memaklumkan akan menamatkan operasi pembuatan tayarnya di Alor Setar – menjelang akhir tahun 2025 ini.
Penutupan kilang yang berkeluasan 133,000 meter persegi tidak sekadar menamatkan kemudahan mereka tetapi secara langsung turut menjejaskan sejumlah 950 pekerja operasi. Langkah penutupan ini menurut Continental didasari akan tindakan mengatur semula strategi perniagaan kumpulan di pasaran. Malah ia juga bertujuan mengoptimumkan portfolio produk dan melaras kembali pengeluaran produk berasaskan permintaan pasaran semasa.
Biarpun penutupan kilang di Alor Setar ini menjejaskan sebilangan pekerja, namun Continental optimis Malaysia kekal selaku pasaran utama penghasilan produk mereka. Sebagai tindak balas kesan penutupan kilang itu, kumpulan pekerja yang terlibat akan menerima sokongan penuh daripada pihak operasi khususnya dalam aspek kaunseling, serta perolehan peluang pekerjaan baharu di pasaran.