Luno kini memperluas senarai aset digitalnya dengan melancarkan dua koin baharu – Algorand dan NEAR Protocol.
Kedua-dua aset digital ini merupakan kumpulan pertama yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, sekali gus menandakan kelulusan pertama tahun ini bagi Luno dan pasaran Malaysia. Penambahan dua koin baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan aset digital yang ditawarkan oleh Luno di Malaysia kepada 20.
Penawaran ini membolehkan pelabur meneroka lebih banyak ekosistem kripto serta mempelbagaikan portfolio pelaburan dengan lebih selamat dan terjamin.
Selain pelancaran ALGO dan NEAR, Luno kini turut memperluas fungsi Stake untuk memasukkan NEAR menjelang akhir April. Fungsi Stake NEAR membolehkan pelanggan memperoleh sehingga 7% setahun dalam ganjaran pasif yang akan diterima setiap hari.
Perihal ini menjadikan Luno satu-satunya bursa aset digital dikawal selia di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan fungsi Stake untuk Ethereum, Solana, Cardano, Polkadot dan tidak lama lagi, NEAR Protocol.