Artikel

PayNet, Microsoft Kini Lancarkan Program Akar – Sedia Akses Tingkatkan Kemahiran Digital Industri Kewangan Malaysia

Payment Network Malaysia (PayNet) kini kembali lagi dengan penawaran akses kemahiran digital bersama bakat muda di Malaysia, Program Akar. Bersama kesepakatan dengan Microsoft, PayNet kini melancarkan Program Akar dengan penyertaan 25 pelajar MMU untuk peringkat kohort pertama pada tahun ini.

Bagi yang tidak mengetahui, Program Akar diwujudkan bagi menangani cabaran memiliki bakat muda dalam kemahiran digital di Malaysia. Program ini sekaligus akan memberi medium kepada pelajar di Malaysia untuk memenuhi keperluan tenaga kerja digital mahir di pasaran semasa khususnya tumpuan pada industri kewangan tempatan.

Tanpa sebarang tekanan kos, Program Akar yang dikuasakan Microsoft dengan tagar AI For MY Future akan menyediakan sumber latihan, kepakaran teknikal berkaitan kecerdasan buatan (AI), serta membiayai program kemahiran berkaitan industri ke atas kumpulan pelajar. Lebih pelaksanaan kali ini turut akan melibatkan kerjasama PEOPLElogy dan Futuresparx selaku rakan tenaga kemahiran digital.

Pelaksanaan ini Program Akar kali ini juga tidak sekadar tertumpu kepada pelajar institusi swasta semata tetapi turut akan diperluaskan dengan 75 kekosongan lagi kepada kumpulan pelajar di seluruh Malaysia – ini terbuka kepada institusi pengajian awam (IPTA).