Setelah berdepan beberapa isu, Menara Kuala Lumpur (KL) kini dibuka kembali selepas operasi ditangguhkan buat sementara waktu. Pembukaan ini untuk makluman akan dilaksanakan ya ada 26 April ini.
Pembukaan ini jelas pentadbiran telah didasari beberapa faktor antaranya kebajikan pekerja, persekitaran perkhidmatan dan tahap keselamatan pengguna.
Bersama pengurusan baharu LSH Service Master, kerajaan menjangkakan hala tuju Menara KL bagi tempoh 20 tahun mendatang akan lebih cekap dengan kepelbagaian strategi baharu yang akan diterapkan secara berkala pada operasi kelak.
Secara tegasnya proses peralihan ini kepada LSH Service Master ini telah melalui proses saringan menyeluruh merangkumi aspek integriti serta kestabilan kewangan operasi. Maka dengan komitmen itu, kini Menara KL akan kembali operasi dengan jaminan perkhidmatan menyeluruh pada 26 April bermula jam 9 pagi kepada khalayak awam.