Artikel

Penduduk Lembah Klang Dijangka Cecah Hampir 10 Juta Orang – Menjelang 2030

Dalam beberapa sahaja lagi, Lembah Klang dijangka akan terus pesat – tidak sekadar dengan infrastruktur serta kemudahan awam bahkan jumlah penduduknya dijangka berupaya mencapai sekitar 10 juta orang menjelang tahun 2030!

Persekitaran ini secara langsung menuntut perhatian pihak berkuasa – susulan lokasi ini akan menjadi lebih sesak dan memberi tekanan kepada keupayaan tenaga kemudahan awam seperti hospital dan perkhidmatan asas semasa yang disasar sukar untuk menampung jumlah pengguna.

Tinjauan di bawah laporan Utusan Malaysia bersama Pensyarah Ekonomi dan Kewangan Harta Tanah UITM ini secara jelas perlu diteliti dengan lebih lanjut. Antaranya perlu mengambilkira keseimbangan ekologi penduduk yang akan berdepan kehilangan kawasan rekreasi, berdepan isu pencemaran udara kesan projek pembangunan dan kesesakan trafik serta isu tekanan mental berpotensi meningkat.

Malah kebimbangan lain yang wajar diutamakan juga adalah pembangunan rumah tinggi seperti pangsapuri dan kondominium secara pesat turut akan memberi tekanan kepada keupayaan tampungan penduduk di Lembah Klang. Selain kesesakan, sistem saliran yang tidak mencukupi dan risiko berlakunya banjir turut akan memberi padah pada kepadatan penduduk di masa hadapan.