Artikel

ZUS Coffee Ingin Buka 200 Cawangan Baru Di Asia Tenggara Tahun Ini – Antaranya Thailand, Indonesia

Setelah mendominasi pasaran kopi di Malaysia dengan jumlah 743 cawangan, ZUS Coffee kini dilihat miliki tumpuan baharu iaitu meluaskan jejak mereka di pasaran Asia Tenggara, iaitu dengan membuka 200 cawangan baharu.

Tumpuan ini menurut laporan Bloomberg, meliputi rancangan penambahan 107 cawangan di Malaysia, 80 cawangan di Filipina, 6 cawangan di Singapura dan terbaharu meneroka pasaran Thailand dan Indonesia.

Lebih menarik pengembangan ini turut akan merancakkan lagi aliran jualan mereka khususnya permintaan atas talian menerusi aplikasi ZUS dan saluran tempahan makanan, minuman. Ketika ini sahaja 70% jualan ZUS tertumpu pada pesanan atas talian dengan penghantaran serta pesanan ambil sendiri.

Melihat pada sasaran tahun 2025 ini, prestasi kewangan ZUS Coffee dijangka terus berkembang susulan tahun 2024 memperlihatkan peningkatan dengan pendapatan bersih telah melonjak tiga kali ganda kepada RM37 juta.