Artikel

Hampir 58% Daripada 6,246 Calon SPM 2024 Yang Tidak Hadir Peperiksaan – Beri Alasan Perlu Bekerja

Ternyata 57.8% daripada jumlah 6,246 calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2024 yang tidak hadir menduduki peperiksaan mengakui tindakan tersebut berikutan perlu bekerja.

Keutamaan ini menurut Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan adalah untuk penuhi perbelanjaan keluarga pelajar. Faktor lain yang turut menjadi sebab ketidakhadiran pelajar ketika peperiksaan SPM adalah masalah keluarga (35.5%), dan kesihatan (4.7%).

Biarpun rekod tidak hadir ini dilihat semakin menurun berbanding SPM 2023 dengan jumlah 8,676 calon namun kenyataannya masih terdapat ramai pelajar masih berdepan masalah kewangan yang tinggi, sehingga menuntut keupayaan mereka untuk bekerja dan membantu keluarga.