Kelantan tidak lama lagi akan memulakan pengeluaran beras tempatan sendiri iaitu berjenama Darul Naim bermula Ogos ini.
Pelaksanaan ini jelas Jawatankuasa Pertanian pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini selari dengan pembinaan kilang padi yang disasarkan tersedia pada musim pertama pengeluaran pada tahun 2025.
Pengeluaran itu difahamkan akan memproses sehingga 600 tan metrik padi sehari dengan kapasiti penyimpanan padi kering lebihi 40,000 tan metrik. Tidak hanya itu sokongan pelabur kelak turut akan membantu operasi memiliki kemudahan teknologi untuk membantu kumpulan petani. Usaha itu difahamkan akan melibatkan pendedahan penggunaan teknologi padi dalam beberapa siri kursus di akademik padi Kedah.
Malah penyediaan pam solar berteknologi tinggi turut akan disertapak pada kawasan pengeluaran yang terlibat. Usaha ini secara langsung akan membantu kumpulan petani berkaitan mengimbangi kos pengeluaran pertanian.