Artikel

Berjaya Food Buka Cawangan Starbucks Pertama Di Iceland – Pada Mei Ini

Melalui anak syarikatnya, Berjaya Food International (BFI) – Berjaya Food (BFood) kini meluaskan rangkaian Starbucks dengan membuka cawangan baharu di Iceland. Tindakan ini secara langsung menjadikan ia cawangan pertama untuk pasaran Iceland.

Operasi itu menurut BFood akan dilaksanakan mulai Mei ini.

Langkah itu juga menandakan kemasukan pertama syarikat makanan dan minuman senaraian awam Malaysia ke dalam pasaran kopi Iceland.

Buat pengetahuan, perluasan ini berjaya direalisasikan setelah BFI mengambilalih pertumbuhan di pasaran Iceland, Denmark dan Finland pada Ogos tahun lalu.

Adanya  perkembangan itu ia juga meluaskan lagi potensi kumpulan untuk meneroka kepelbagaian inovasi produk bersama landskap kopi di pasaran Nordik.