Jika tahun 2023 memaparkan seramai 11,713 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memperolehi keputusan yang cemerlang pada semua subjek mata pelajaran – kini SPM 2024 pula merekodkan seramai 14,179 pelajar berjaya meraih keputusan cemerlang dalam SPM.
Ini menjadi ia rekod terbaik SPM sejak 2013.
Prestasi ini sekaligus turut memaparkan peningkatan pada Gred Purata Nasional (GPN) dengan pencapaian calon tahun 2024 lebih tinggi berbanding SPM 2023 bersama catatan paras 4.49 mata.
Mengikut sidang maya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersama Ketua Pengarah KPM Azman Adnan hari ini secara keseluruhan didapati seramai 86,040 calon telah meraih sekurang-kurangnya kepujian atau Gred C dalam semua mata pelajaran pada 2024, berbanding 83,112 calon pada 2023.