Artikel

Inflasi Malaysia Terus Mereda – Kini 1.4%

Inflasi Malaysia kini dilihat terus mereda apabila mencatatkan peningkatan yang lebih perlahan kepada 1.4% bagi rekod setakat Mac 2025.

Perihal ini berdasarkan notis Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) didorong hasil tekanan kos yang lebih kecil berlaku pada pasaran negara. Antaranya Perkhidmatan dengan kenaikan 3.6%, Penginapan (2.9%), dan Khidmat Utiliti Bil (1.9%).

Biarpun kumpulan sektor ini menjadi antara segmen yang berdepan kenaikan kecil, masih terdapat kenaikan tinggi yang berlaku pada sebilangan sektor. Antaranya Pendidikan (2.2%), Sukan dan Kebudayaan (1.7%). Diikuti bahagian Makanan dan Minuman (2.5%), dan Khidmat Kewangan dan Insurans (1.5%).

Berdasarkan perincian melibatkan sektor Makanan, DOSM dapati kos makanan di seluruh negeri kekal meningkat. Persekitaran ini bagaimanapun kekal di bawah inflasi 2.5% dikebanyakan negeri.