Artikel

AirAsia MOVE Dan Singapura Bekerjasama – Tingkatkan Kemasukan Pelancong Kalangan Malaysia, Thailand

Singapura menerusi Lembaga Pelancongan Singapura kini meluaskan langkah strategik mereka dengan melaksanakan pelan strategik bersama AirAsia MOVE pada suku ketiga 2025 kelak. Usaha ini bagi mengalakkan lagi kemasukan pelancong Asia Tenggara terutamanya kalangan Malaysia dan Thailand.

Dengan kesepakatan ini, AirAsia MOVE akan berperanan meningkatkan pengalaman pelancong di Singapura – antaranya menawarkan lokasi tumpuan sehinggan aktiviti berasaskan minat pelancong. Komitmen ini akan disokong hasil cerapan data antara lembaga pelancongan Singapura dan AirAsia MOVE.

Selain itu, penawaran pakej istimewa melibatkan tiket penerbangan, kos penginapan hotel serta akses pada lokasi tarikan pelancong di Singapura dijangka turut akan disediakan. Penawaran ini sekaligus akan memberi penjimatan berganda kepada pengguna berbanding kebiasaan tawaran semasa.