Artikel

Wanita Terus ‘Bekerja’ – Didapati Habiskan 63.6% Lebih Banyak Masa Pikul Tugas Rumah Berbanding Lelaki

Penyertaan wanita dalam arena ekonomi Malaysia dilihat terus meningkat – apabila kini mewakili 21% daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia. Peratusan itu sekaligus terus menyokong jumlah tenaga kerja di negara, akan tetapi disebalik pertumbuhan tersebut perlu di akui beban ‘kerja tidak berbayar’ dilihat terus dipikul wanita di Malaysia pada tinjauan semasa.

Tahukah anda, wanita habiskan kira-kira 63.6% lebih banyak masa setiap hari untuk tugas tidak berbayar berbanding lelaki. Di mana wanita perlu laksana penambahan masa secara purata sehingga 4 jam selepas waktu bekerja – untuk memikul tugas penjagaan keluarga dan rumah.

Situasi ini secara jelas mengikut tinjauan dobiQueen, TalentCorp, Khazanah dan Strive Malaysia pada perkongsian hari ini – menyebabkan berlakunya beban berganda dan syif kedua ke atas kumpulan wanita di Malaysia.

Biarpun tugas ini adalah sebahagian tanggungjawab keluarga namun ketidakseimbangan tugasan dilihat berupaya menjejaskan potensi wanita pada sektor ekonomi semasa dengan lebih perlahan khususnya untuk mencapai 60% penyertaan tenaga kerja wanita menjelang 2033 kelak.

Maka dengan sokongan teknologi, kemudahan perkhidmatan dan hak fleksibiliti yang lebih luas dari pihak berkepentingan. Usaha ini disasar dapat membantu kumpulan wanita untuk menambahbaik bakat mereka pada arena ekonomi negara di masa hadapan.