Artikel

Manfaat MyDigital ID Akan Diperluaskan – Antaranya Terima Diskaun Saman Trafik Lebih Tinggi

Kini terdapat cadangan untuk meluaskan manfaat penggunaan MyDigital ID, antaranya pada urusan pembayaran saman trafik.

Jelas Kementerian Dalam Negeri (KDN), biarpun penggunaan MyDigital ID masih tidak diwajibkan namun seiring dengan pindaan Akta Pendaftaran Negara 1959 iaitu memperkasakan identiti digital secara menyeluruh – maka wajarlah Malaysia meluaskan akses tersebut ke atas semua kemudahan awam, ini termasuklah bahagian pelunasan saman.

Kelak difahamkan bahagian Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negara akan lebih mengutamakan pengguna yang berdaftar dengan MyDigital ID. Lebih menarik insentif diskaun saman juga dijangka akan menyediakan tawaran yang berbeza. Dengan pengguna MyDigital ID meraih potongan diskaun lebih tinggi.

Perihal itu antara langkah galakkan yang ingin dilaksanakan pihak berkuasa, untuk orang awam memanfaatkan kemudahan identiti digital tersebut.