Maybank kini memaklumkan mulai 9 Jun 2025 – pengguna individu tidak lagi boleh mengakses dan menggunakan laman web Maybank2u Klasik.
Jelas perbankan itu, kesemua perkhidmatan perbankan atas talian kelak perlu diakses menerusi laman web Maybank2u semasa. Berlandaskan penamatan khidmat laman web itu, Maybank memaklumkan penamatan ini akan dilaksana secara berkala dengan pemberhentian beberapa khidmat bersama pengguna, iaitu:
- Perkhidmat Pemindahan Dana Ke Akaun Pihak Ketiga – akan dihentikan pada 12 Mei 2025
- Perkhidmatan Pemindahan Dana Antara Bank – pula akan dihentikan pada 19 Mei 2025
Menerusi makluman itu, ia bermakna pengguna Maybank tidak lagi boleh mengakses perkhidmatan tersebut pada laman web Maybank2u Klasik kelak.
Maka Maybank menyarankan semua pengguna untuk berpindah ke laman web Maybank2u semasa iaitu maybank2u.com.my bagi semua pengurusan perbankan atas talian pengguna. Dengan peralihan ini, lebih banyak ciri akan ditambahbaik pada laman web Maybank2u semasa dengan reka bentuk yang lebih mesra pengguna bersama tahap keselamatan yang lebih baik.