Seramai 12,787 penagarah syarikat kini telah senarai hitam dan dilangan dari laksana perjalanan ke luar negara berikutan gagal melunaskan tanggungjawab caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ke atas pekerja mereka.
Angka ini menurut notis KWSP melibatkan jumlah 13,820 majikan secara menyeluruh yang direkodkan gagal membuat bayaran caruman bagi tempoh Januari sehingga Jun 2024.
Buat pengetahuan umum, setiap majikan adalah wajib memenuhi tanggungjawab caruman bersama pekerja sebagaimana tertakluk di bawah Seksyen 43(1) Akta KWSP. Kegagalan sedemikian secara langsung akan menafikan hak perjalanan majikan sepertimana yang dinyatakan di bawah Seksyen 39 Akta KWSP 1991.
Susulan itu semua majikan digesa untuk segera lunaskan tunggakan caruman bersama kumpulan pekerja bagi mengembalikan semula hak kebajikan simpanan persaraan mereka. Tindakan ini tidak sekadar mengutamakan hak pekerja tetapi turut memulihkan imej kumpulan majikan daripada sebarang tindakan perundangan kelak.