Jika sebelum ini pihak luar boleh laksana transaksi pelaburan ke akaun pihak ketiga di bawah Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) – kelak iaitu pada 15 Mei 2025, tindakan tersebut tidak lagi dibenarkan. Ini kerana hanya pelabur ASNB sahaja dibolehkan menambah pelaburan untuk pihak ketiga.
Umum ketahui akses akaun pihak ketiga ini adalah bertujuan untuk membantu kumpulan keluarga dan kenalan sertai arena pelaburan. Namun transaksi pelaburan tersebut kelak akan dihad kepada pelabur ASNB semata.
Menerusi langkah ini, ia secara langsung menggalakkan lebih ramai pihak menjadi pelabur ASNB. Maka pada tindakan itu, semua pihak boleh membuka akaun ASNB melalui myASNB secara atas talian, di cawangan fizikal mahupun bersama ejen ASNB.
