Artikel

TikTok Shop, KPDN Bekerjasama Perkenal Tip ShopSafe – Pelihara Hak Pembeli Malaysia

Bersempena Hari Hak Pengguna Sedunia, TikTok Shop kini berpadu tenaga bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) dengan perkenalkan tip ShopSafe bagi melindungi pengguna untuk mengatasi aktiviti penipuan atas talian yang semakin berleluasa.

Kerjasama ini sekaligus akan mendidik pengguna Malaysia akan amalan terbaik dalam menguruskan aliran perbelanjaan di platform e-dagang. Malah ia turut meningkatkan lagi tahap kesedaran pengguna akan pendekatan penipuan yang sering digunapakai pada medium atas talian. Antaranya menyelesaikan transaksi di luar platform, berkongsi pautan yang mencurigakan.

Dengan dedikasi ini, ia secara langsung membantu pengguna melindungi hak mereka tanpa menjejaskan kuasa tunai kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.

Secara menyeluruh, separuh pertama 2024 telah memperlihatkan usaha TikTok Shop menolak 20.4 juta percubaan peniaga dalam menyenaraikan produk mereka dan menolak 2 juta pendaftaran akaun penjual di peringkat global yang didapati tidak penuhi piawaian selamat ke atas pengguna.

Langkah ini sekaligus melindungi pengguna di peringkat awal dan memberi peringatan kepada kumpulan peniaga akan tindakan perundangan sekiranya menyalahguna medium TikTok Shop.