Artikel

Kekayaan 50 Orang Terkaya Di Malaysia Terus Meningkat – Naik Hampir 8% Kepada $90 Bilion

Hasil pertumbuhan 5% pada nilai mata wang Ringgit dalam tempoh 12 bulan yang lalu – ternyata telah memberi impak yang positif pada nilai kekayaan orang terkaya di Malaysia. Menurut Forbes Malaysia, tahun 2025 memperlihatkan kekayaan 50 orang terkaya di negara kini terus meningkat dengan lonjakan 7.91% kepada $90 bilion (RM396.9 bilion) berbanding tahun lalu dengan rekod $83.4 bilion. 

Berdasarkan carta itu, Tan Sri Robert Kuok terus mengungguli senarai teratas dengan menjadi individu paling kaya di Malaysia dengan nilai bersih kekayaan berjumlah $11.4 bilion. Disusuli Tan Sri Quek Leng Chan iaitu Pengerusi Eksekutif Hong Leong bersama nilai kekayaan bersih $9.8 bilion.

Lebih menarik, senarai tersebut turut memperlihatkan 3 nama hartawan baharu – ini termasuklah Pengasas 99 Speedmart Lee Thiam Wah dengan nilai kekayaan $3.5 bilion pada kedudukan ke-8. 

Diikuti Waris Ananda Krishnan dengan kedudukan ke-5 bersama nilai bersih kekayaan sejumlah $5.3 bilion. Manakala Tan Boon Hock iaitu bekas pegawai polis pula tampil selaku hartawan baharu dengan nilai kekayaan $490 juta pada kedudukan ke-40 – di mana beliau direkodkan miliki rangkaian klinik mata serta sistem pengurusan trafik. 

Sebagai perincian lanjut, ini senarai 10 individu terkaya di Malaysia: