Artikel

Keputusan SPM 2024 Akan Diumum Pada 24 April Ini

Dalam tempoh seminggu sahaja lagi pada 24 April 2025 ini, seramai 402,956 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2024 dimaklumkan boleh laksana semakan keputusan peperiksaan.

Keputusan ini menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh dilaksanakan secara fizikal di sekolah pada jam 10 pagi atau semakan menerusi pautan myresultspm.moe.my pada 24 April sehingga 30 April 2025 ini.

Malah para pelajar juga boleh dapatkan keputusan SPM melalui medium atas talian dengan pendekatan sistem pesanan ringkas (SMS) iaitu SPM<jarak>No.Kad Pengenalan<jarak>Angka Giliran dan hantar pada talian 15888.

Dengan pilihan saluran semakan tersebut, ia secara langsung dapat memudahkan semua pihak, ibu bapa dan pelajar untuk ketahui keputusan SPM 2024.