Artikel

KWSP Kini Teroka Luaskan Pelaburan Antarabangsa – Depani Risiko Geopolitik

Sebagai tindak balas mengukuhkan kedudukan di pasaran global, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini sedang meneroka peluang baharu untuk meluaskan jejak mereka bagi menyeimbangkan portfolio di rantau antarabangsa.

Langkah ini menurut KWSP adalah tumpuan sebagaimana pelabur berskala besar yang lain – untuk mengekalkan kehadiran di pasaran bagi menangani risiko geopolitik dan perubahan dasar global semasa.

Biarpun tidak memperincikan strategi dalam mempelbagaikan pegangan mereka di rantau baharu – setakat akhir 2024 ini, KWSP telah menguruskan pelaburan berjumlah RM1.25 trilion ($283 bilion), dengan aset luar negara mewakili 50.3% daripada jumlah pendapatan pelaburan menyeluruh. Sementara pegangan luar negara KWSP setakat Mac 2025 pula merekodkan 37% daripada keseluruhan portfolio diikuti 63% pelaburan domestik.