Artikel

Malaysia-China Tandatangani 31 MoU Merentasi Pelbagai Sektor – Antaranya Ekonomi Digital, AI

Malaysia dan China kini mencapai kesepakatan dengan menandatangi 31 Memorandum Persefahaman (MoU) merentasi pelbagai bidang. Ini termasuklah komitmen kedua negara dalam memajukan sokongan Kecerdasan Buatan (AI), ekonomi digital serta pendidikan.

Buat pengetahuan ini ialan kunjungan rasmi kedua yang dilaksanakan Presiden Xi Jinping ke Malaysia dalam tempoh 12 tahun – setelah kali terakhir berbuat demikian pada 2013. Menerusi lawatan ini ia sekaligus menambahbaik hubungan dua hala berkenaan isu serantau dan pasaran antarabangsa.

Selain fokus pada perdagangan, Malaysia dan China turut mengukuhkan lagi kerjasama dalam sektor rel, media, pelancongan dan sekuriti makanan. Adanya keseragaman sedemikian, langkah ini akan membantu kedua negara lebih memahami akan keperluan semasa dan berupaya meneroka pelaburan baharu secara bersama di masa hadapan.