Demi memastikan keselamatan dan keselesaan pengunjung dipelihara serta ruang kepada pengurusan baharu melaksanakan tugas penyelenggaraan, penambahbaikan – maka Menara Kuala Lumpur (KL) kini diarahkan tutup buat sementara waktu sehingga dimaklumkan pembukaannya semula.
Situasi ini secara amnya dicetuskan ketidaksepakatan akan peralihan pengendalian Menara KL. Seperti yang umum ketahui, Menara KL kini dikendalikan oleh LSH Service Master bermula 1 April 2025 untuk tempoh pengendalian 20 tahun mendatang.
Akan tetapi pengendali terdahulu iaitu Menara KL Sdn Bhd (MKLSB) kekal berada pada tapak Menara KL secara langsung dilihat bercanggah akan peralihan semasa. Pendudukan MKLSB di Menara KL selepas tarikh 31 Mac adalah diisytiharkan tidak sah.
Maka Pesuruhjaya Tanah Persekutuan telah mengemukakan dua notis pengosongan kepada pihak MKLSB melalui surat bertarikh 3 April dan 9 April 2025.
Dengan makluman ini, sebarang pengoperasian dan urus niaga yang masih dijalankan oleh MKLSB hingga kini adalah tanpa kebenaran kerajaan.