Artikel

KBS Kini Lancar Dana Antarabangsa Belia – Perluas Jejak Bakat Muda Di Rantau Global

Dana Antarabangsa Belia (IYF) kini secara rasminya dilancarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi meluaskan lagi jejak dan pendedahan anak muda pada peringkat yang lebih tinggi.

Jelas KBS, inisiatif ini akan memperkasakan pembangunan kumpulan belia yang berusia 18 tahun sehingga 30 tahun pada penyertaan forum, persidangan dan simposium di peringakt antarabangsa. Malah melalui sokongan ini juga, ia akan memperkukuhkan penglibatan aktif dan rangkaian kumpulan belia dalam sektor tertentu.

Antaran penganjur yang terlibat pada akses ini meliputi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Komanwel, ASEAN, OIC dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.

Maka dengan akses ini, permohonan dana tersebut diperincikan terbuka kepada belia yang merupakan ahli persatuan pertubuhan, kelak berdaftar di bawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY), Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) atau Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

Adanya dana ini, kumpulan belia yang terlibat akan meraih akses penajaan dalam bahagian yuran penyertaan, tiket penerbangan, elaun penginapan, elaun makan, insurans serta insurans mengikut kadar yang ditetapkan KBS. Bagi tindakan lanjut permohonan ini dibuka mulai 16 April 2025 sehingga 3 Mei 2025 sementara sesi kedua pula sehingga 1 Ogos 2025 ini.

Sebarang maklumat lanjut boleh layari laman KBS untuk ketahui kriteria permohonan dan lanjutkan prsoalan pada Sekretariat IYF di emel [email protected] atau talian 03-88713356.