Hasil prestasi kewangan yang membrangsangkan, Bank Rakyat kini memaklumkan agihan dividen 17% untuk tahun kewangan 2024.
Prestasi ini jelas Bank Rakyat telah membantu operasi mengoptimumkan penggunaan modal serta mengekalkan kadar pembayaran dividen yang berdaya saing. Untuk makluman pembayaran ini akan melibatkan RM486.32 juta kepada 773,869 anggota yang layak.
Berdasarkan perincian lanjut, paras dividen dua digit ini terus dikekalkan Bank Rakyat selama lebih 20 tahun bersama pengguna. Tidak hanya itu operasi turut merekodkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM1.82 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024. Menerusi pengukuhan itu, pengagihan dividen baharu ini akan mula dilaksanakan pada hari ini kepada kumpulan anggota terlibat.