Sekiranya terdapat perubahan maklumat berkaitan nama, serta alamat kediaman – setiap rakyat Malaysia diwajibkan untuk mengemaskini maklumat pada MyKad anda. Tindakan ini tidak sekadar memudahkan urusan rasmi tetapi untuk mengelakkan berlakunya pertindihan data yang mengakibatkan maklumat tidak tepat.
Saranan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ini adalah selaras di bawah Peraturan-Peratuan Pendaftaran Negara 1990.
Berikutan itu, mana-mana individu yang mendapati terdapat butiran maklumat yang tidak tepat maka perlu hadir ke rangkaian JPN berekatan bagi meminda maklumat tersebut. Selain boleh hadir ke cawangan JPN berdekatan, orang ramai turut boleh memanfaatkan Program Mekar di bawha JPN yang menawarkan perkhidmatan gantian kad pengenalan di lapangan.
Hasil sokongan program Mekar, didapati sejumlah 59,009 permohonan menggantikan kad pengenalan individu berjaya dilaksanakan pada tahun 2024.