Artikel

TikTok Shop Malaysia Papar Peningkatan Prestasi – Kini Mempunyai Lebih 1.7 Juta Penjual Tempatan

TikTok terus mengukuhkan lagi medium e-dagang mereka pada pasaran Malaysia – apabila prestasi TikTok Shop kini semakin melonjak dengan penyertaan lebih 1.7 juta penjual tempatan. Tidak hanya itu sokongan perluasan promosi turut dilihat semakin membrangsangkan dengan penyertaan 3 juta pengguna berdaftar selaku wakil sekutu atau rakan Affiliate.

Peningkatan penyertaan kumpulan peniaga pada medium ini menurut laporan Amanz, didorong hasil kemudahan ciri yang tersedia pada TikTok Shop. Antaranya mengintergasikan kandungan digital bersama pautan produk jualan. Di mana langkah ini dilihat lebih dekat dengan minat pengguna TikTok untuk mengetahui dan membeli barangan di medium e-dagang mereka. Malah kemudahan agihan pendapatan dan komisen pula dilihat meningkatkan lagi penglibatan rakan Affiliate secara berkala.

Sebagaimana medium e-dagang lain, TikTok Shop juga memiliki saluran khas TikTok Shop Mall yang meembolehkan pengalaman membeli-belah penggu di Malaysia lebih meluas tidak sekadar tertumpu kepada barangan tempatan bahkan turut meliputi barangan antarabangsa.

Menerusi pengenalan TikTok Shop Mall sejak akhir 2023, saluran ini telah meningkatkan sokongan peniaga kecil tempatan pada medium e-dagang mereka.