Artikel

Bursa Malaysia Sasar 60 IPO Dilaksana Pada 2025 – Kekal Optimis Walau Pasaran Tidak Menentu

Biarpun pasaran semasa tidak menentu kesan isu tarif global yang dicetuskan Amerika Syarikat (AS), Bursa Malaysia kekal optimis untuk negara mencapai 60 tawaran awam permulaan (IPO) pada tahun ini – bersama nilai modal pasaran sekitar RM40.2 bilion.

Sasaran ini untuk makluman dilihat lebih tinggi berbanding pencapaian tahun lalu, yang berjaya merekodkan sekitar 55 penyenaraian syarikat pada pasaran utama. Dengan peningkatan jumlah tersebut juga, ini memperlihatkan lonjakan 72%  pada jumlah penyenaraian syarikat pada 2024 berbanding tahun sebelumnya.

Peratusan itu secara jelas menjadi peningkatan tertinggi dalam tempoh 19 tahun pada pasaran.

Berbalik kepada sasaran 60 IPO pada tahun ini – berdasarkan rekod semasa, sejumlah 16 syarikat telahpun disenaraikan pada tahun ini dengan dua syarikat di Pasaran Utama sementara 14 syarikat lagi di Pasaran ACE.

Namun Bursa akui kesan ketidatentuan pasaran terdapat beberapa syarikat telah bertindak untuk menangguhkan langkah IPO mereka – antaranya seperti Cuckoo International. Tetapi situasi ini dijangka adalah kesan jangka pendek dan dapat diatasi setelah Malaysia memuktamadkan rundingan bersama AS berhubung pengenaan tarif import 24%.

Melalui pasaran yang lebih stabil, disasarkan lebih banyak syarikat akan meneruskan rancangan IPO mereka di Malaysia.