Artikel

Pembayar Cukai Perlu Lapor Pendapatan 2024 Sebelum 15 Mei Ini, Elak Berdepan Penalti – LHDN

Bagi mana-mana pembayar cukai yang masih belum mengemukakan makluman pendapatan, kini dimaklumkan untuk segera laksanakan tindakan tersebut – susulan tarikh akhir kemuka Borang Nyata Tahun Saraan 2024 dan Tahun Taksiran 2024 melalui e-Filing adalah pada 15 Mei 2025 kelak

Peringatan mesra ini bertujuan bagi mengelakkan kumpulan pembayar cukai berkaitan dari berdepan sebarang pengenaan penalti. 

Untuk rujukan lanjut, semua pengguna boleh layari pautan Program Memfail Borang Nyata (BN) Bagi Tahun 2025 dan diingatkan mengemaskini maklumat diri serta info perbankan yang aktif bagi memastikan proses pembayaran cukai berjalan lancar.