Artikel

Kad Emas Trump Bernilai $5 Juta Akan Mula Dijual Mulai Minggu Hadapan

Seperti yang umum ketahui, selain pengenalan tarif import – Donald Trump, Presiden Amerika Syarikat (AS) turut perkenalkan ‘Kad Emas’ yang bernilai $5 juta, yang berperanan beri hak kepada golongan imigran kaya untuk menetap di AS secara mutlak.

Pengenalan kad ini, dijangka akan menggantikan visa pelabur EB5 yang ketika ini bertindak membuka laluan kepada perolehan warganegara di AS.

Maka berdasarkan matlamat itu, dijangka penawaran kad emas ini berupaya direalisasikan pafa minggu hadapan mengikut laporan VNExpress.

Berdasarkan perkongsian sebelum ini, kad emas itu akan dilengkapi dengan potret Trump bersama tandatangannya. Sama-sama kita nantikan pelancaran jualannya!