Rekod semasa menunjukkan aliran minat pembelian hartanah kalangan orang maha kaya China pada pasaran Amerika Syarikat (AS) dilihat semakin menurun. Tumpuan tersebut bagaimanapun mula meningkat pada pasaran lain iaitu di Asia Tenggara, lebih menarik termasuklah di Malaysia.
Pengamatan ini menurut tinjauan Juwai IQI memperlihatkan Thailand telah mengatasi AS selaku destinasi pilihan utama untuk golongan maha kaya China pada tahun 2024. Diikuti Australia dikedudukan ke-2 dan Malaysia pula duduki tempat ke-4.
Kedudukan 2024 ini untuk makluman merangkumi senarai negara yang menjadi pilihan golongan maha kaya China terhadap harga rumah yang bernilai lebih $5 juta (RM22 juta).
Melihat pada tumpuan tersebut, secara jelas destinasi Malaysia telah mengatasi Britain, Korea Selatan, AS, Jepun, Singapura dan Sepanyol.
Lebih menarik tumpuan ini tidak sekadar berpaksi kepada perluasan aset semata namun 94% pembeli China mengakui pembelian rumah di pasaran global adalah untuk pemilikan keluarga dan hanya 6.5% sahaja membeli hartanah semata-mata untuk tindakan pelaburan.
Maka melihat pada krisis tarif import yang sedang berlaku di pasaran global, dijangka situasi ini akan mengukuhkan lagi rantau Asia Tenggara selaku pilihan golongan maha kaya China dalam meluaskan aset mereka.