Syarikat subsidiari Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Boustead Holdings Berhad – iaitu BHPetrol kini menyasarkan untuk melabur RM90 juta bagi membina 30 stesen minyak baharu di seluruh Malaysia, dalam tempoh 5 tahun mendatang.
Pembinaan ini untuk makluman akan difokuskan kepada kawasan luar bandar bagi memastikan bekalan minyak bersubsidi dapat dimanfaatkan semua pengguna negara yang berkelayakan.
Ini termasuklah perluaskan akses untuk anggota pertahanan pada perolehan minyak kenderaan.
Buat pengetahuan umum rancangan ini bukanlah kali pertama disasarkan oleh LTAT dan Boustead susulan sebelum ini pelaburan sekitar RM45 juta telahpun dilaksanakan bagi membina 10 stesen minyak di kawasan luar bandar.