Artikel

Pak Lah, Perdana Menteri Malaysia Ke-5 – Meninggal Dunia Di Usia 85 Tahun

Hari ini Malaysia dikejutkan berita dengan pemergian Bapa Pembangunan Modal Insan iaitu Mantan Perdana Menteri kelima Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi atau dikenali sebagai Pak Lah dimaklumkan meninggal dunia pada usia 85 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), jam 7.10 malam sebentar tadi.

Makluman oleh Mantan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang juga merupakan menantu kepada Pak Lah ini dikongsikan pada laman media sosialnya.

Buat pengetahuan umum, Pak Lah telah memimpin Malaysia selama 6 tahun sejak tahun 2003 sehingga 2009. Antara jasanya yang akan terus dikenang rakyat Malaysia adalah pelancaran 5 koridor ekonomi negara merangkumi Iskandar Malaysia, Ekonomi Utara, Ekonomi Pantai Timur, Pembangunan Sabah, dan Tenaga Diperbaharui Sarawak.

Beliau juga menjadi antara pemimpin negara yang sering mengutamakan faktor integriti, dengan perkenalkan Pelan Integriti Nasional serta menjadi individu yang menubuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).