TrueMoney Malaysia, sebahagian daripada platform kewangan Ascend Money kini memaklumkan telah melancarkan khidmat Kiriman Wang Antarabangsa buat kemudahan pengguna Malaysia. Menerusi ciri tersebut, ini akan menyokong aliran melibatkan pemain perniagaan dan individu di pasaran negara.
Sebagai perincian untuk segmen perniagaan, pemindahan wang rentas sempadan ini dibolehkan dilaksanakan ke atas perniagaan yang berdaftar di Malaysia dengan melibatkan pemindahan dana dalam Dolar Amerika Syarikat (AS), Dolar Singapura (SG$) dan Baht Thailand (THB).
Manakala bagi transaksi kiriman secara individu menggunakan dompet digital TrueMoney pula – boleh dilaksanakan dengan menghantar wang ke 7 negara. Antaranya ke Myanmar, Kemboja, Indonesia, Filipina, India, Nepal dan Bangladesh.
Dengan akses ini, ia secara langsung akan meningkatkan kuasa perkhidmatan kiriman wang bersama komuniti pekerja asing di Malaysia. Berlandaskan pelancaran sejak Mac itu, bagi mana-mana pengguna yang laksana kiriman wang melibatkan RM150 ke atas akan menikmati pengecualian fi transaksi sehingga 3 kali penebusan sehingga Jun 2025 kelak.
Buat pengetahuan nilai kiriman wang ke luar negara dari Malaysia dianggarkan akan alami peningkatan secara berkala – di mana berpotensi mencapai nilai $9.93 bilion menjelang tahun 2028 kelak.