Untuk memastikan sistem sokongan kepada pekerja terus di tambahbaik, Malaysia menerusi Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) akan menubuhkan Pusat Sehenti Perkhidmatan Pekerja di pasaran negara tidak lama lagi.
Akses ini difahamkan akan menggabungkan semua perkhidmatan berkaitan tenaga kerja supaya dapat memudahkan majikan serta kumpulan pekerja untuk menyelesaikan isu tenaga kerja yang berlaku. Ia bermakna majikan dan pekerja tidak lagi perlu merujuk kepada pelbagai lokasi melibatkan perkhidmatan dari jabatan berbeza.
Jelas Kesuma, langkah ini akan diperincikan tidak lama lagi dan difahamkan untuk peringkat awal ia akan dimulakan di Pulau Pinang, sebelum diperluask ke seluruh Malaysia.