Artikel

Semikonduktor Akan Dikenakan Tarif AS – Jangka Umum Minggu Hadapan

Amerika Syarikat (AS) dilihat terus dalam dilema untuk mengekalkan pendirian mereka ke atas pengenaan tarif import terhadap negara lain. Seperti yang umum ketahui AS telahpun mengambil langkah “Pusingan U” dengan memberi pengecualian tarif timbal balas ke atas telefon pintar dan komputer – akan tetapi tindakan tersebut dijangka bersifat sementara.

Susulan terdapat potensi AS menetapkan semula pengenaan tarif terhadap sektor semikonduktor pada pasaran semasa.

Menurut notis Donald Trump, AS ingin menghasilkan pengeluaran cip dan semikonduktor di negara sendiri maka pengenaan tarif ke atas sektor ini akan diteliti. Namun langkah tersebut akan hadir dengan kelonggaran ke atas beberapa pihak.

Berdasarkan langkah itu, sekiranya ia dilaksanakan maka ini akan menjadi pendekatan agresif AS dalam membawa kembali hal pengeluaran produk ke pasaran AS.