Tatkala kos kesihatan di pasaran semasa terus meningkat menyebabkan tekanan kalangan penduduk di Malaysia, kerajaan negeri Sabah kini mengambil pendekatan berbeza apabila akan menyediakan insurans perlindungan diri ke atas 3.5 juta rakyat Sabah mulai 1 Mei ini – secara percuma.
Langkah ini hasil persetujuan pentadbiran negeri yang telah meluluskan Skim Insurans Berkelompok pada minggu. Akses di bawah Progressive Insurance Bhd, iaitu syarikat milik kerajaan Sabah ini dijangka akan memberi perlindungan ke atas penduduk berusia 1 bulan sehingga 80 tahun secara automatik buat penduduk yang berkelayakan.
Faedah di bawah insurans peribadi ini akan memberi perlindungan percuma bernilai sehingga RM10,000, ini termasuklah sekiranya terdapat isu kemalangan yang berlaku.
Lebih menarik, skim ini akan dilaksanakan dalam tempoh 3 tahun sehingga 30 April 2028. Adanya akses tersebut, situasi ini akan membantu rakyat Sabah khususnya kumpulan pendapatan rendah yang terkesan sekiranya berlaku kecemasan di masa hadapan kelak. Pada penjelasan lanjutan, difahamkan proses tuntutan akan disalurkan kepada penerima dalam tempoh 14 hari sehingga 30 hari setelah dokumen lengkap dikemukakan.