Amerika Syarikat (AS) telah memperbetulkan pengenaan tarif ke atas China adalah 145% bukan 125%! Makluman ini secara langsung meningkatkan lagi tekanan perang perdagangan antara kedua pihak. Bertindak balas akan langkah itu, China pula memaklumkan peningkatan tarif ke atas AS kepada 125% akan dikuatkuasakan pada 12 April ini.
Ternyata kedua negara ini enggan meredakan pendekatan agresif yang dilancarkan ke atas pasaran perdagangan ketika ini. Situasi itu secara jelas akan memberi kesan mendalam pada sebilangan sektor melibatkan kedua negara. Antaranya kategori unsur nadi bumi (REE) yang diperlukan dalam sektor automotif, teknologi serta peralatan bersenjata.
Umum perlu sedari, biarpun AS memberi tekanan yang tinggi terhadap China – perlu difahami China antara pengeluar terbesar REE di dunia. Langkah mengenakan halangan eksport melibatkan bahan REE ke semua negara ini secara langsung akan memberi kesan kepada negara lain. Di mana menuntut semua pihak perlu memberi tekanan kepada AS, bagi menamatkan pendekatan agresif ini di pasaran global.