Maggi secara amnya bukanlah jenama yang asing di Malaysia, bahkan ia dikenali semua peringkat usia dalam kalangan masyarakat negara. Manakan tidaknya, menurut tinjauan Dalaman Nestlé didapati 9 daripada 10 rumah di Malaysia akui memiliki produk jenama Maggi di kediaman mereka dan secara puratanya sekitar 2.5 juta hidangan mi segera Maggi dinikmati setiap hari oleh penduduk negara ini!
Data di bawah laporan CIMB Research itu, memperincikan kesan pengukuhan jenama Maggi ini, ia sekaligus telah mendorong Nestle menguasai lebih 40% pasaran mi segera di Malaysia.
Tidak sekadar produk Maggi, Nestle juga cukup sinonim dengan jualan produk Nescafe serta Milo. Berlandaskan permintaan semasa, sehingga 50% hasil jualan Nestle dilaporkan perolehan daripada segmen makanan dan minuman.
Biarpun ketika ini aliran dagangan dilihat kekal stabil, Nestle dijangka akan mengambil langkah berhati-hati tempoh pendapatan untuk tahun 2025 sehingga 2027. Perihal ini didasari tindakan pelaksanaan tarif yang disasar mampu mengubah corak perbelanjaan pengguna di pasaran hadapan.