Orang Malaysia sememangnya suka akan semua promosi khususnya tawaran untuk aktiviti pelancongan dan ketika musim percutian. Namun memiliki tabiat suka memanfaatkan diskaun tidak bermakna pengguna negara bijak dalam mengatur perbelanjaan mereka.
Ini kerana Wise pada kajian terbaharu dapati – masih ramai rakyat Malaysia tidak peka akan penggunaan wang ketika berbelanja di luar negara, di mana hanya 41% rakyat Malaysia yang utamakan kadar pertukaran asing iaitu berapa banyak mata wang asing yang diraih mereka berdasarkan perbelanjaan bagi setiap ringgit Malaysia. Sebaliknya pelancong Malaysia lebih utamakan kos hotel dan penginapan (70%) makakala 69% lebih tertumpu pada harga tiket penerbangan.
Situasi ini secara jelas kadar pertukaran asing bukanlah tumpuan utama pelancong Malaysia, sedangkan ia sewajarnya jadi antara faktor pertama yang diteliti rakyat negara sebelum keluar melancong.

Tidak hanya itu, 96% rakyat Malaysia juga didapati masih memilih pertukaran wang dengan menggunakan khidmat pengurup wang tradisional – yang secara amnya mengenakan kadar pertukaran yang lebih tinggi dan tidak menguntungkan pengguna. Manakala 65% pengguna pula memilih menggunakan kad bank tempatan ketika di luar negara, tahukah anda bank mengenakan caj tersembunyi menerusi kadar pertukaran yang boleh dilaras naik serta caj transaksi asing setinggi 3%?!
Mungkin pada setengah pihak peratusan ini kelihatan kecil namun jika dilihat pada pecahan dalam tempoh 1 hari sahaja pengguna dikenakan caj RM20, yang mana boleh digunakan untuk minum 7 cawan teh tarik!

Maka untuk memastikan pengguna tidak lagi terus rugi pada kecil secara berterusan, Wise kini terus komited untuk meluaskan jejak kesedaran pengguna Malaysia akan pengurusan kewangan yang lebih baik di bawah kempen Sedikit-sedikit, Lama-lama Jadi Bukit. Pada insiatif ini Wise pada penampilan reruai di Pavillion Bukit Bintang, kini mengajak pengguna negara untuk hadir ke reruai mereka bagi mengetahui kesan disebalik transaksi melibatkan perbelanjaan di luar negara. Untuk makluman reruai ini akan tersedia pada 11 April sehingga 13 April, lebih menarik terdapat hadiah misteri turut tersedia untuk pengguna negara.