Sekiranya sebelum ini CIMB memaklumkan akan menamatkan aplikasi CIMB Clicks pada 12 April namun tindakan itu difahamkan akan alami penangguhan kepada 19 April 2025.
Meskipun tiada sebarang makluman akan langkah tersebut, namun lanjutan ini memberi ruang kepada pengguna untuk beralih sepenuhnya kepada aplikasi baharu mereka iaitu CIMB OCTO. Maka menerusi lanjutan penangguhan, semua pengguna diminta peka akan sebarang akses akaun dan kelulusan transaski menerusi CIMB Clicks tidak lagi akan tersedia setelah tempoh tersebut dikuatkuasakan.
Seperti yang umum sedari, sejak 16 Mac lalu – CIMB telahpun mula laksana peralihan secara berperingkat antaranya khidmat SecureTAC kepada aplikasi CIMB OCTO.
Untuk memastikan semua pihak meraih tahap keselamatan aplikasi perbankan yang lebih baik, CIMB menggesa semua pengguna untuk memuat turun aplikasi CIMB OCTO pada tempoh yang diberikan. Tindakan itu akan membantu pengguna tanpa mengugat sebarang transaksi yang akan dilaksanakan di pasaran hadapan.