Artikel

KLIA Kini Duduki Tempat Ke-65, Prestasi Meningkat Pada Senarai Lapangan Terbang Dunia 2025

Jika tahun lalu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menduduki tempat ke-71, ternyata prestasi tersebut telah berjaya memperlihatkan penambahbaikan di mana kini menduduki tempat ke-65 pada senarai tahun 2025.

Kedudukan di bawah tinjauan Skytrax 2025 ini, dinilai berasaskan maklum balas pengguna berhubung perkhidmatan yang tersedia pada terminal lapangan terbang tersebut. Tidak sekadar khidmat penerbangan tetapi penerapan akses digital dan kemudahan disesuaikan dengan keperluan para penumpang turut menjadi faktor lonjakan prestasi KLIA kali ini.

Lebih menarik prestasi itu, turut memaparkan KLIA mendahului beberapa lapangan terbang antarabangsa yang lain, yang sebelum ini dikedudukan lebih tinggi. Antaranya lapangan terbang Barcelona dan Hamburg.

Sementara kedudukan teratas pula telah dikuasai semula oleh Lapangan Terbang Changi, Singapura dan diikuti Doha Hamad (2), Tokyo Haneda (3), Seoul Incheon (4) dan Tokyo Narita (5).