Artikel

MyBrain 2.0 Sedia Biasiswa Untuk Lanjut Pengajian Sarjana, PhD – Kini Dibuka Sehingga 8 Mei 2025

Selaras dengan matlamat negara dalam meluaskan akses pendidikan – inisiatif MyBrain 2.0 kini telahpun dibuka bermula 9 April 2025 sehingga 8 Mei 2025 jam 11.59 malam.

Medium dana pendidikan ini menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terus dilanjutkan bagi menyokong akses pelajar untuk menyambung pengajian diperingkat lebih tinggi meliputi Sarjana dan Doktor Falsafah.

Bagi yang tidak ketahui akan kelebihan medium MyBrain ini – ia adalah dana pendidikan yang tertumpu kepada orang awam yang tidak miliki pendapatan tetap serta tidak bekerja. Selain itu, dana ini turut menyokong kumpulan pensyarah dan staf sektor awam serta swasta untuk melanjutkan pengajian mereka.

Penawaran dana MyBrain ini untuk makluman tidak sekadar melibatkan tajaan yuran pengajian semata tetapi turut merangkumi elaun sara hidup sepanjang tempoh pengajian berlangsung. Menerusi usaha ini ia dijangka tidak sekadar meluaskan lagi bakat tempatan pada bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), Sains Sosial dan Sastera Iktisas tetapi ia secara langsung membantu Malaysia menambahbaik taraf pendapatan bakat tempatan secara berkala.

Sekiranya terdapat pihak yang berminat dan memenuhi kriteria yang ditetepakan, boleh merujuk pada laman Biasiswa MyBrain untuk langkah lanjut.