Artikel

JPJ Kini Menawarkan Nombor Plat Khas, Siri VIPS – Sempena Tahun Melawat Perlis

Sempena sambutan ulang tahun pemerintahan ke-25 jubli Perak DYMM Tuanku Raja Perlis dan Tahun Melawat Perlis 2024/2025 – kini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perkenalkan nombor plat istimewa iaitu siri VIPS, yang mewakili Visit Impressiver Perlis State.

Pengenalan siri VIPS ini adalah inisiatif kerajaan negeri untuk mempromosikan pelancongan setempat. Maka berdasarkan makluman umum, siri ini akan dibuka pada 11 April kelak dan ditutup pada jam 10 malam tarikh 15 April 2025.

Jelas JPJ, kaedah penawaran nombor plat ini akan dibahagikan kepada beberapa kategori mengikut paras harga. Susulan itu, orang awam dinasihatkan untuk sertai perolehan nombor plat ini dan ia akan diketahui pada 16 April kelak dalam tempoh 24 jam. Buat pengetahuan umum, ini senarai kategori terlibat: