Dua bank pusat negara kini mencapai kesepakatan untuk meningkatkan perkongsian maklumat, kemahiran keselamatan siber serta menambahbaik amalan institusi kewangan. Kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank of Thailand ini secara langsung akan membantu arena kewangan kedua negara mencapai prestasi terbaik biarpun berdepan ancaman digital.
Menerusi makluman kerjasama ini, BNM komited untuk tingkatkan daya tahan institusi kewangan Malaysia dengan memantapkan perlindungan pengguna kewangan terhadap risiko siber semasa yang diperhatikan semakin canggih dan licik. Dengan sokongan BOT, perkongsian maklumat berhubung isu keselamatan akan lebih mendalam dapat dimanfaatkan kedua pihak.
Kesepakatan ini akan membantu meningkatkan lagi kecekapan kedua bank pusat negara dalam menangani, membentuk penyelesaian baharu dan membanteras penipuan digital secara berkala di pasaran semasa.