Artikel

2,848 Pelajar Biasiswa Pilih Bekerja Di Luar Negara – Telah Lunas Hutang RM770 Juta, Tamatkan Kontrak Kerajaan

Ternyata seramai 2,848 pelajar biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awan (JPA) tekad melunaskan hutang kos penggajian mereka dengan membayar sejumlah RM770 juta kepada kerajaan Malaysia untuk menamatkan kontrak dan bekerja di luar negara.

Rekod sejak tahun 2010 ini memperincikan jumlah keseluruhan yang meraih akses biasiswa ini adalah sekitar 16,967 pelajar. Namun 2,848 pelajar daripadanya telah memilih untuk berhijrah dengan tertumpu pada pasaran pekerjaan di Australia, Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Singapura, dan Brunei.

Untuk makluman umum, kalangan 2,848 pelajar biasiswa itu antaranya memiliki kos penggajian sehingga RM1.2 juta. Perihal ini tertakluk bidang pengajian, institusi serta negara yang terlibat pada perolehan tajaan biasiswa mereka.

Melihat pada pilihan tersebut, laporan JPA bersama Utusan ini jelas menuntut semakan pada pasaran pekerjaan di Malaysia. Ia tidak sekadar penawaran gaji yang setimpal namun faktor kebajikan serta tekanan kos semasa harus diteliti secara berkala. Situasi ini penting untuk mengembalikan semula bakat tempatan pada arena ekonomi Malaysia.