Artikel

AS Tangguh Tarif Lebih 75 Negara – Namun China Berdepan Tekanan Tarif Tambahan 125%

Hasil penelitian berdasarkan permintaan lebih 75 negara yang menginginkan Amerika Syarikat (AS) pertimbang kembali akan tindakan tarif import dan menyatakan komitmen mereka untuk tidak mengenakan sebarang langkah timbal balas – Presiden Donald Trump kini mengumumkan penangguhan tarif lebih tinggi ke atas lebih 75 negara yang terlibat selama 90 hari.

Ini bermakna negara yang terlibat hanya akan dikenakan tarif import asas sahaja 10% selama 90 hari – di mana pada tempoh tersebut rundingan akan terbuka bersama AS untuk melihat sama ada pelarasan tarif dikekalkan atau diturunkan.

Namun apa yang mengejutkan, AS terus menggunakan pendekatan agresif ke atas China dengan meningkatkan lagi tarif import ke atas barangan dari China kepada 125%. Pengenaan duti import ini di maklumkan berkuat kuasa serta-merta.