Rentetan Amerika Syarikat (AS) terus mengekalkan pendekatan agresif mereka dalam pelarasan tarif import – kini China mengumumkan pengenaan tarif balas 84% ke atas barangan AS mulai 10 April 2025.
Tindakan AS yang secara berkala meningkatkan tarif import terhadap China sehingga melangkaui 104% tarif dilihat sebagai suatu ‘pembulian ekonomi’ dan merosakkan sistem perdagangan semasa. Ia tidak sekadar menafikan hak kepentingan China dalam pasaran tetapi turut mengugat kepentingan negara yang lain.
Selain tindakan tarif balas itu, China pada pengumuman berasingan turut memaklumkan telah menambah 12 lagi syarikat AS pada senarai kawalan eksport diikuti 6 syarikat AS pada senarai entiti yang tidak boleh dipercayai.